Followers

Dec 8, 2010

KALAU LAA KAN..


HMMMM...Sejak semalam sampai laa ke hari ni,macam-macam jenis kalau ada kat dalam kepala aku.Dalam kepala ni aku asekk je terfikir-fikir  bestnya KALAU LAA KAN kita semua dapat yang kita nak ataupun bagusnya KALAU LAA KAN kita dapat lupa apa yang dah buat kita semua derita dan ingat apa yang dah buat kita ketawa.Lagi syok KALAU LAA KAN kita semua boleh kekalkan detik terindah dalam hidup kita...kan?


Tapi tu laa macam aku cakapkan,kalau laa kan..Pada aku sebagai seorang manusia dan seorang gadis biasa memang banyak kalau dalam hidup aku ni,macam-macam aku nak dan angankan.Kadang-kadang tu aku sampai angan-angankan bestnya kalau laa kan aku ni kaya.Ayah dan mak kaya dan aku teruskan kekayaan mereka tuh.Tapi kamu semua pon tau kan anak-anak sekarang,dalam sepuluh hanya ada seorang je yang betul-betul haragai dan teruskan kekayaan ibu bapa masing-masing.Mungkin tu laa sebab aku tak kaya,tapi tak bermakana aku tak bersyukur dengan kehidupan aku sekarang.Cuma this is salah satu jenis kaklau dalam hidup aku.

After that,alangkah gembiranya kalau aku ni ada 'comnplete Package'.Erti kata lain..cantik,pandai,baik,alim,rajin,seorang anak yang betul-betul solehah dan paling penting kalau laa aku ni kurus.Alahai..aku tak laa cakap aku sekarang teruk gila.Cuma tak cukup bagus kot kat mata orang-orang yang kenal.Ye..ikotlaa adat sebenar hidop ni..Semua orang tak sempurna,jadi..aku tak terkecuali laa kan?

Lagi satu,apa laa best kan kalau jadi lalaki?Agak-agak aku handsome,bertanggungjawab dan d;gilai ramai tak?Yela..aku tengok jadi lelaki ni macam senang gila tau.Tk payah susah-susah nak kena senggugut masa nak perid,tak payah nak teran-teran time nak lahirkan baby,tak payah risau-risau keselamatan diri bila nak keluar malam,boleh jalankan budaya melepak sesuka hati,tak payah risau kes2 rogol sebab golongan ni manalah kena rogol.Yela,mereka merogol je dan tak d'rogol.Senang kan?Bab2 kahwin jadi laa best bila d'beri peluang cukupkasn kuota kahwin empat.kan?aduyai..lelaki memang untung kan....?

So..memang best laa kan KALAU LAA KAN ni leh jadi?Alamat semua orang hidup bahagia laa nampaknya kan?Semua pernah lalui saat-saat sukar dalanm hidup kan?so..Kalau laa kan kita dapat delete terus semua tuh dari ingatan kita.Tak payah asek nak sedih-sedih,geram,tak puas hati,berdendam dan menyesa tak sudah kan.Yela..sakitnya bila lalui semua tuh.Tak kira laa sama ada kecewa putus cinta mahupun impian tak tercapai.Macam kaca jatuh kat lantai.Tapi semua ni bersebab,pad aku mungkin ini laa yang d'katakan setiap pengalaman itu laa pengajaran paling berkesan dalam hidup ni sebab kita tak kan pernah lupa.


Tentang sesuatu yang kita tak dapat duga sekarang ni,baek betul kalau laa kan kita semua dapat menduga sesuatu sebelum terjadi.Bukan bertujuan apa,cuma nak sediakan payung sebelum hujan.Sebab tu laa kita semua kena persiapkan diri dengan pelbagai perkara yang tak dapat kita nak duga.Tak kiralah dari segi apa dan paling penting sebagai seorang muslim persiapkan laa diri dengan iman dan ketakwaan serta ilmu tuh memang penting dalam menjalani kehidupan.